Image

Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah, bertanggungjawab menyediakan kemudahan rangkaian, sistem aplikasi, sokongan teknikal serta perkhidmatan ICT kepada warga kampus termasuk staf dan pelajar.

Bahagian Infostruktur berfungsi sebagai tulang belakang digital kampus dengan memastikan capaian internet, sistem intranet, emel rasmi, portal universiti dan pelbagai aplikasi akademik dapat digunakan secara efisien dan selamat. Selain itu, bahagian ini turut mengurus penyelenggaraan komputer, makmal ICT, sistem tanpa wayar (WiFi), pelayan (server), keselamatan rangkaian serta bantuan teknikal bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan pentadbiran universiti. 

Selaras dengan aspirasi UiTM sebagai universiti berteraskan teknologi dan inovasi, Bahagian Infostruktur komited dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan ICT melalui penggunaan teknologi terkini. Antara perkhidmatan utama yang ditawarkan termasuk pengurusan emel staf dan pelajar, portal universiti, aplikasi sistem akademik, pinjaman peralatan ICT, penyelenggaraan komputer serta pengurusan rangkaian kampus. 

Di samping itu, Bahagian Infostruktur turut berperanan memastikan operasi ICT kampus berjalan lancar melalui pemantauan infrastruktur rangkaian dan penyelesaian aduan teknikal secara sistematik. Komitmen ini membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran digital yang kondusif, moden dan mesra pengguna bagi seluruh warga UiTM Kampus Kuala Pilah.

Image
Image

E-Mel UiTM

UiTM menggunakan e-mel Google sebagai e-mel rasmi. Setiap staf UiTM diberikan satu akaun e-mel. Satu akaun e-mel juga diperuntukkan kepada setiap PTJ. Jika perlu kemudahan e-mel tambahan, sila gunakan e-mel Office 365. Sila hubungi kami sekiranya memerlukan bantuan melalui url units.uitm.edu.my

Perisian Komputer

Secara ringkasnya tele-sidang membolehkan komunikasi secara bersemuka (face-to-face) berlaku diantara manusia di seluruh dunia daripada berbagai lokasi. Penggunaan teknologi ini membolehkan e-mesyuarat serta pengajaran secara jarak jauh berlaku. Manakala, infra web pula adalah kemudahan tapak hosting yang disediakan oleh pihak Infostruktur kepada PTJ yang layak.

Perisian Komputer

UiTM dan KPM telah menyediakan perisian gunasama yang diperlukan untuk kegunaan akademik dan pentadbiran. Sila hubungi kami melalui  capaian url https://bsu.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan perisian yang diperlukan.

Komputer Sewaan

Komputer Sewaan merupakan satu perolehan perkhidmatan yang melibatkan peralatan komputer di mana pengguna dapat menggunakan komputer sewa di UiTM. Pembekal bertanggungjawab membekalkan komputer dan memastikan komputer sentiasa boleh digunakan selama tempoh sewaan yang ditetapkan. Setiap PTJ perlu membuat perancangan komputer sewaan di PTJ masing-masing. Aduan kerosakan komputer sewa : https://units.uitm.edu.my/

Geran Komputer

Geran Perkakasan ICT disediakan adalah bertujuan untuk menjimatkan serta mengurangkan kos pengurusan dan operasi Universiti Teknologi MARA. Geran ini diberi kepada semua Staf Akademik dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 ke atas. Geran Perkakasan ICT boleh dimohon dalam sistem : https://units.uitm.edu.my (Menu Grant)

Kad UiTM

Kad UiTM ini juga adalah merupakan identiti kepada warga UiTM. Staf dan pelajar yang tidak aktif atau telah tamat perkhidmatan di UiTM tidak dibenarkan membuat kad ini. Sahsiah Mahasiswa digunapakai untuk membuat kad.

Rangkaian

Dalam memastikan kelancaran perkhidmatan dalam sistem rangkaian UiTM, unit rangkaian akan memantau setiap permasalahan yang timbul akan segera di selesaikan. Unit Rangkaian juga menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh first level support.

Pusat Data

Tujuan utama Unit Pusat Data diwujudkan adalah untuk memastikan kelancaran operasi pusat data universiti dengan masa 'down - time' yang minima dan menguruskan insiden pemulihan bencana untuk aplikasi / sistem maklumat universiti di Kampus Induk UiTM Shah Alam.

Pembangunan Sistem

Pembangunan sistem merangkumi tiga (3) skop perkhidmatan utama iaitu pengautomasian proses kerja melalui pembangunan sistem & aplikasi, integrasi sistem dan pengurusan pangkalan data. Perkhidmatan ini dilaksanakan secara projek mengikut skop, tempoh dan spesifikasi keperluan yang dipersetujui melalui kaedah yang sesuai dan amalan terbaik. Sistem dan aplikasi yang telah dibangunkan akan diselenggarakan secara dalaman bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan universiti berjalan lancar.

Image

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Kuala Pilah
Pekan Parit Tinggi
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
Malaysia

 


Website Inquiry:

Webmaster: korporat@uitm.edu.my

Tel: +606-4832100
Faks: +606-4842449