JABATAN BENDAHARI

Image
Image
Image
Image
Image

PERKHIDMATAN JABATAN BENDAHARI

Pejabat Bendahari menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan termasuk pelajar, staf dan orang luar. Secara dasarnya, perkhidmatan Pejabat Bendahari adalah berdasarkan fungsi-fungsi Pejabat Bendahari seperti pengurusan belanjawan universiti, kewangan korporat, pengurusan perolehan dan aset, pengurusan kewangan pelajar, pengurusan akaun dan sistem kewangan, gaji dan kewangan staf, dasar dan kewangan ibu pejabat, pengurusan akaun amanah, pengurusan kewangan pembangunan dan fasiliti serta penyelidikan dan perundingan. Fungsi Pejabat Bendahari ini telah dirangkumkan dan sebahagiannya disampaikan melalui penyampaian perkhidmatan secara dalam talian. Ini termasukan FINePortal, Portal Kewangan Pelajar, FINePay dan FINeProcurementPLUS.

 

 
  • FINePortal merupakan platform penyampaian perkhidmatan dalam talian Pejabat Bendahari yang menawarkan perkhidmatan seperti maklumat Jadual Gaji, FINePayrol, FINeLoan, Interbank GIRO (IBG), FINeTrust, FINeBudget, FINeAsset, FINeAccount, Pendahuluan/Tuntutan Pelbagai, Pendahuluan/ Tuntutan Perjalanan, Bayaran Kepada Pembekal, Pelajar (SKP), e-Pekeliling dan FINe

            https://bendahari.uitm.edu.my

 
  • Portal Kewangan Pelajar merupakan platform penyampaian perkhidmatan dalam talian kepada pelajar. Pejabat Bendahari menawarkan perkhidmatan dalam talian seperti maklumat bil pelajar, lejer pelajar, maklumat struktur yuran, info bayaran pelajar, maklumat bayaran elaun makan, semakan bayaran pemulangan (refund), transaksi dalam talian, maklumat bayaran skim khidmat pelajar, e-KWSP, surat pengesahan yuran pelajar dan pengemaskinian akaun bank pelajar.

            https://bendahari.uitm.edu.my

 
  • FINePay merupakan platform penyampaian perkhidmatan dalam talian yang pada dasarnya mendukung kearah kampus tanpa tunai (cashless campus). Pejabat Bendahari menawarkan platform ini bagi tujuan memudahkan pelanggan untuk membuat bayaran secara tanpa tunai mengikut projek-projek yang telah ditetapkan. Sebagai contoh di bawah Giving@UiTM iaitu wakaf, sedekah, endowmen dan projek CSR. Terdapat juga perkhidmatan pembayaran dalam talian lain yang ditawarkan seperti bayaran seminar, kursus, bengkel dan lain-lain.

             https://bendahari.uitm.edu.my

 

 

 

  • FINeProcurementPLUS merupakan platform penyampaian perkhidmatan dalam talian kepada pembekal dan staf UiTM. Platform ini menawarkan perkhidmatan yang merangkumi semua proses perolehan UiTM di mana ia melibatkan 21 proses utama seperti Pengurusan Vendor, Pengurusan Mesyuarat , Pengurusan Item, Pelarasan PB, Penawaran, Pengurusan Jawatankuasa, Pengurusan Kontrak, Arahan Perubahan Kontrak, Pengurusan Spesifikasi Item, Perancangan Perolehan, permohonan pembelian, Penentuan Kaedah Perolehan, Pelawaan, Tawaran Vendor, Penilaian, Pengurusan Mesyuarat, Pesanan Tempatan, Notis Penghantaran,  Pengesahan Bekalan (GRN), Baucer Bayaran Dan Pemantauan. Kesemua proses ini melibatkan Pusat Tanggungjawab (PTJ), Ahli Jawatankuasa Lembaga Mesyuarat, Vendor serta Unit Kewangan Zon/Pejabat Bendahari Cawangan.

            https://bendahari.uitm.edu.my

   
   

SOALAN LAZIM BERKAITAN YURAN PELAJAR

SOALAN 1 : Bagaimana cara untuk mengakses Portal Kewangan Pelajar? Mohon bantuan.

 

Jawapan:

Portal Kewangan Pelajar (Student Financial Services) boleh diakses melalui login iStudent Portal.

Sekiranya anda menghadapi masalah login ke iStudent Portal, sila rujuk senarai semak di bawah:

 

SOALAN 2 : Dimanakah boleh saya dapatkan struktur yuran?

Jawapan:

Struktur yuran boleh didapati berdasarkan status pendaftaran pelajar seperti berikut:

  • Bagi pelajar baru yang masih belum mendaftar dan belum membuat proses setuju terima tawaran pengajian, struktur yuran boleh dimuat turun dari Laman Utama Pelajar di laman web rasmi Pejabat Bendahari https://bendahari.uitm.edu.my/
  • Bagi pelajar yang telah mendaftar dan berstatus aktif, surat pengesahan yuran boleh dijana melalui login iStudent Portal, dengan merujuk panduan berikut:

 

 

SOALAN 3 : Saya pelajar Sepenuh Masa Lanjut Tempoh (SML). Mengapa saya tiada bil yuran pengajian?

 

Jawapan:





Saudara / saudari pelajar boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting dengan merujuk kepada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa.


SOALAN 4
 : Saya pelajar Pascasiswazah. Mengapa saya tiada bil yuran pengajian?

 
Jawapan:





Saudara / saudari pelajar boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting dengan merujuk kepada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa.

SOALAN 5 : Mengapa saya dikenakan tindakan gugur taraf?

 

Jawapan:

 

Sumber dari : Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

 

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Kuala Pilah
Pekan Parit Tinggi
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
Malaysia

 


Website Inquiry:

Webmaster: korporat@uitm.edu.my

Tel: +606-4832100
Faks: +606-4842449