SEJARAH PERKEMBANGAN UiTM

Dari tahun 1956 sehingga kini, melalui transformasi dari RIDA (Rural & Industrial Development Authority) ke ITM Institut Teknologi MARA dan akhirnya menjadi UiTM (Universiti Teknologi MARA), institusi ini telah menunjukkan komitmen berterusan dalam menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti dan berperanan penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Pada tarikh 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Aspirasi UiTM adalah untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik.

Pada 26 Ogos 2024 nanti, genap 25 tahun transformasi nama kepada sebuah institusi dari Institut Teknologi MARA kepada Universiti Teknologi MARA.
 
Image
Ayuh sama-sama kita imbas kembali kenangan zaman belajar dalam satu malam yang penuh nostalgia.

Dari RIDA ke ITM, dan kini UiTM, perjalanan kita penuh dengan transformasi dan pencapaian hebat. Dari tahun 1956 hingga sekarang, UiTM terus komited menyediakan pendidikan tinggi berkualiti dan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

UiTM akan menyambut Ulang Tahun ke-25 Jubli Perak pada 26 Ogos 2024, justeru Malam Gala UiTM akan diadakan secara serentak di seluruh Malaysia
Bersempena dengan tema “Embracing Legacy, Empowering Tomorrow”, bersama-sama kita menyambut detik bersejarah ini di samping mengimbau kenangan pada Malam Gala UiTM Cawangan Negeri Sembilan 2024.

Untuk makluman semua, acara kemuncak bagi Program Malam Gala ini adalah  persembahan pertunjukan fesyen oleh pelajar dari Jabatan Teknologi Tekstil dan Pakaian dari UiTM Kampus Kuala Pilah. Mari kita berkumpul dan memeriahkan Jamuan Makan Malam ini dengan mengimbau kembali memori indah di kampus yang dirindui.

Image

Perincian majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 28 Ogos 2024 (Rabu)

Masa: 7:30 – 11:00 p.m.

Lokasi: Seri Negeri Ballroom III, Royale Chulan, Seremban

Tema Pakaian: 90an & Y2K


Bagi borang pendaftaran serta pembayaran bagi Program Majlis Malam Gala Sambutan UiTM ke-25 tahun Cawangan Negeri Sembilan boleh dilakukan secara online melalui pautan di bawah:

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan,
Kampus Rembau, 

Negeri Sembilan, MALAYSIA.

General Inquiry

Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my

Unit Komunikasi Korporat Rembau: korporatrembau@uitm.edu.my

Website Inquiry:
Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel : +606-698 2000
Faks : +606-698 2391