PEJABAT BENDAHARI
- PENGENALAN
- CARTA ORGANISASI
- PERKHIDMATAN
- AKTIVITI
- MUAT TURUN
- DIREKTORI STAF
- FAQ
- SOALAN LAZIM BERKAITAN YURAN PELAJAR
- PAUTAN LAIN
OBJEKTIF :
Mencapai pengurusan kewangan terbaik dengan mendapat sijil Audit Bersih.
Meningkatkan persepsi dan kepuasan pelanggan dengan menepati Piagam Pelanggan dan peraturan yang ditetapkan.
Menggalakkan budaka penambahbaikan berterusan oleh semua staf dengan penglibatan staf sekurang-kurangnya dalam satu projek atau inisiatif kualiti setiap tahun
Mencapai penggunaan 100% sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi semua operasi sistem pengurusan kewangan.
DASAR KUALITI :
Melaksanakan sistem pengurusan kewangan secara profesional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas perancangan, perlaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi jabatan yang unggul, berhemah dan profesional. KUALITI UNTUK SEMUA, AKAUNTABILITI BERSAMA adalah merupakan teras perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.
PIAGAM PELANGGAN :
1. Menguruskan belanjawan Universiti seperti berikut :-
- Menyediakan Agihan Peruntukan Tahunan sebelum atau pada 1 Januari setiap tahun.
2. Mengeluarkan Pesanan Jabatan untuk permohonan perolehan melalui :
- Tender / Sebutharga Rasmi / Rundingan Terus dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh kelulusan perolehan dalam FAIS.
- Pembelian Terus / Kontrak Pusat dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan pembelian dalam FAIS.
3. Menjelaskan pembayaran terhadap semua tuntutan pembayaran dalam tempoh tujuh hari dari tarikh terima dokumen lengkap.
4. Penyerahan tiket kapal terbang selewat-lewatnya satu hari sebelum tarikh penerbangan bagi tempahan yang diterima tidak lewat dari tujuh hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.
5. Pengeluaran barang stor di buat dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
6. Mengangkut barang lupus dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh kelulusan pelupusan diterima.
7. Mengemukakan Laporan Ringkasan kedudukan kewangan (setelah diaudit) tahun berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Pejabat Pendaftar dalam tempoh satu minggu seleaps menerima Sijil Ketua Audit Negara untuk disertakan bersama Memorandum menteri Pengajian Tinggi.
8. Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus Tahunan UiTM yang lengkap mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
SOALAN LAZIM BERKAITAN YURAN PELAJAR
SOALAN 1 : Bagaimana cara untuk mengakses Portal Kewangan Pelajar? Mohon bantuan.
Jawapan:
Portal Kewangan Pelajar (Student Financial Services) boleh diakses melalui login iStudent Portal.
Sekiranya anda menghadapi masalah login ke iStudent Portal, sila rujuk senarai semak di bawah:
- Bagi pelajar baru, adakah anda telah mendaftar sebagai pelajar UiTM di pautan berikut? https://online.uitm.edu.my/
- Adakah anda telah membuat pengisytiharan vaksin? (Wajib, sekali sahaja)
- Adakah anda telah membuat pengisytiharan Saringan C19 setiap hari? (Wajib, setiap hari) (untuk soalan 2 & 3 layari: https://saringc19.uitm.edu.my/#/)
- Sudahkah anda membuat pengisytiharan Akta PDPA? (Paparan akan muncul semasa log masuk pertama, selepas mengesahkan sila kembali ke halaman log masuk)
- Adakah anda menggunakan kata laluan yang betul? Untuk mendapatkan semula kata laluan, sila ke pautan: https://sims-recover.uitm.edu.my/recover/pwd/index.htm
- Jika pemulihan kata laluan gagal, sila semak e-mel yang didaftarkan dalam sistem. Sila layari: https://ssprv2.uitm.edu.my/sspr/public/forgottenusername
SOALAN 2 : Dimanakah boleh saya dapatkan struktur yuran?
Jawapan:
Struktur yuran boleh didapati berdasarkan status pendaftaran pelajar seperti berikut:
- Bagi pelajar baru yang masih belum mendaftar dan belum membuat proses setuju terima tawaran pengajian, struktur yuran boleh dimuat turun dari Laman Utama Pelajar di laman web rasmi Pejabat Bendahari https://bendahari.uitm.edu.my/
- Bagi pelajar yang telah mendaftar dan berstatus aktif, surat pengesahan yuran boleh dijana melalui login iStudent Portal, dengan merujuk panduan berikut:
SOALAN 3 : Saya pelajar Sepenuh Masa Lanjut Tempoh (SML). Mengapa saya tiada bil yuran pengajian?
Jawapan:
Saudara / saudari pelajar boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting dengan merujuk kepada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa.
SOALAN 4 : Saya pelajar Pascasiswazah. Mengapa saya tiada bil yuran pengajian?
Jawapan:
Saudara / saudari pelajar boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting dengan merujuk kepada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa.
SOALAN 5 : Mengapa saya dikenakan tindakan gugur taraf?
Jawapan:
Sumber dari : Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam