Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah menawarkan satu (1) program iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia (Kepujian) (AS242). Program ini mendedahkan pelajar kepada prinsip dan konsep kimia. Kursus ini juga merangkumi latihan industri dan projek tahun akhir. Program ini telah mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).Graduan program ini layak menjadi ahli Institut Kimia Malaysia (IKM), seterusnya diiktiraf sebagai ahli kimia. Pelbagai peluang kerjaya tersedia seperti ahli kimia, saintis penyelidikan dan pembangunan (R&D), guru/pensyarah, eksekutif pemasaran dan jualan serta usahawan.

KETUA PUSAT PENGAJIAN KIMIA DAN ALAM SEKITAR
ChM DR. NUR SOFIAH BINTI ABU KASSIM
nursofiah@uitm.edu.my
+606 483 2344





