Pusat Pengajian Teknologi Industri (Teknologi Makanan), UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah menawarkan dua (2) program akademik iaitu AS266 – Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan (Kepujian) serta AS116 – Diploma Teknologi Makanan. Program-program ini memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar dalam bidang sains dan teknologi makanan merangkumi aspek pemprosesan, keselamatan, kualiti, pembangunan produk serta pengendalian makanan selaras dengan keperluan industri semasa. Melalui gabungan pembelajaran teori dan latihan praktikal, graduan yang dilahirkan bukan sahaja kreatif, inovatif dan celik teknologi, malah mampu mengaplikasikan ilmu serta kemahiran yang dipelajari dalam penghasilan produk makanan yang berkualiti, selamat, dan memenuhi kehendak pasaran. Graduan yang berjaya menamatkan pengajian juga mempunyai peluang kerjaya yang luas serta berpotensi untuk menceburi pelbagai sektor pekerjaan sama ada dalam sektor awam mahupun swasta.

KETUA PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI INDUSTRI (TEKNOLOGI MAKANAN)
DR. SITI AZIMA ABDUL MUTTALIB
sitiazima@uitm.edu.my
+606 483 2143/ 2343



