Program Diploma Teknologi Tekstil dan Pakaian (AS122) di Universiti Teknologi MARA merupakan program yang memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang tekstil, pakaian, fesyen, dan teknologi pengeluaran pakaian. Program ini menggabungkan pembelajaran teori dan latihan praktikal bagi melahirkan graduan yang berkemahiran, kreatif, serta berdaya saing dalam industri tekstil dan pakaian.Pelajar akan mempelajari pelbagai aspek seperti teknologi fabrik, pembinaan pakaian, pengeluaran pakaian, kawalan kualiti, serta perkembangan teknologi moden dan amalan lestari dalam industri. Selain itu, program ini turut membantu pelajar membangunkan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, dan profesionalisme sebagai persediaan untuk alam pekerjaan dan industri.

KETUA PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI INDUSTRI (TEKNOLOGI TEKSTIL)
DTs. DR. MOHD AZLIN BIN MOHD NOR
mohdazlin@uitm.edu.my
06-4832173



