BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK

PENGENALAN

PENUBUHAN

 

Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) UiTM Kampus Kuala Pilah telah ditubuhkan selaras dengan penubuhan UiTM Cawangan Negeri Sembilan pada 1 Jun 1999. Bahagian ini merupakan antara komponen utama dalam struktur pentadbiran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan yang berperanan memastikan pengurusan akademik universiti dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkualiti.

 

Selain beroperasi di UiTM Kampus Kuala Pilah, BHEA turut diwujudkan di UiTM Kampus Seremban pada 03 Februari 2014 dan UiTM Kampus Rembau pada 1 Februari 2017 bagi menyelaras serta memperkukuhkan pelaksanaan urusan akademik selaras dengan dasar, prosedur dan standard pengurusan akademik Universiti Teknologi MARA.

 

OPERASI PENTADBIRAN

 

Staf pentadbiran memainkan peranan penting sebagai tunjang utama dalam memastikan kelancaran pengurusan akademik universiti. Bahagian ini bertanggungjawab memastikan urusan berkaitan rekod pelajar, penilaian akademik serta sokongan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara cekap, sistematik dan berkualiti.

Pengoperasian BHEA dilaksanakan melalui beberapa unit utama seperti berikut:

1. Unit Pentadbiran Am dan Rekod Pelajar

Unit ini bertanggungjawab menguruskan pelbagai urusan akademik yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran, antaranya:

  • Mengurus dan menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. 
  • Menyediakan khidmat sokongan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. 
  • Mengurus sistem rekod pelajar serta menyelaras proses akademik pelajar secara menyeluruh. 

2. Unit Penilaian Akademik

Bagi memastikan penyelarasan penilaian akademik dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berpusat, Unit Penilaian Akademik di UiTM Kampus Kuala Pilah berfungsi sebagai pusat penyelarasan dan percetakan rasmi kertas soalan peperiksaan akhir bagi seluruh UiTM Cawangan Negeri Sembilan termasuk Kolej Bersekutu UiTM.

3. Unit Makmal (UiTM Kampus Kuala Pilah Sahaja)

Unit Makmal hanya terdapat di UiTM Kampus Kuala Pilah memandangkan kampus ini menempatkan Fakulti Sains Gunaan serta pelbagai kemudahan makmal sains seperti makmal kimia, biologi, fizik, makanan dan tekstil. Unit ini berperanan memastikan pengurusan makmal, penyediaan bahan eksperimen dan sokongan teknikal dapat dilaksanakan dengan cekap dan selamat.

4. Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK)

Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK) berperanan sebagai unit sokongan akademik yang membantu melicinkan pelaksanaan kurikulum di peringkat universiti. Unit ini memastikan semua pelaksanaan kurikulum mematuhi garis panduan Malaysian Qualifications Agency (MQA) serta dasar dan pekeliling Bahagian Hal Ehwal Akademik dari semasa ke semasa.

 

OPERASI AKADEMIK

 

Bahagian Hal Ehwal Akademik diketuai oleh Timbalan Rektor Akademik dan disokong oleh barisan pentadbir akademik yang terdiri daripada Ketua Pusat Pengajian, Koordinator Program dan Penyelaras Akademik. Bahagian ini bertanggungjawab menyelaras, memantau dan memastikan kelancaran pelaksanaan pelbagai aktiviti teras akademik universiti.

Antara jawatan dan fungsi akademik yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Gunaan (FSG) 
  2. Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) 
  3. Ketua Pusat Pengajian Siswazah 
  4. Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Bahasa (APB) 
  5. Koordinator Prasiswazah Program Biologi 
  6. Koordinator Program Kimia dan Alam Sekitar 
  7. Koordinator Program Teknologi Makanan 
  8. Koordinator Program Teknologi Tekstil dan Pakaian 
  9. Koordinator Program Diploma Pengurusan Halal 
  10. Koordinator Kursus Fizik dan Bahan / Koordinator Prasiswazah 
  11. Koordinator Kursus (Servicing) Pengurusan dan Perniagaan 
  12. Koordinator Kursus (Servicing) Pengajian Sains Komputer dan Matematik 
  13. Koordinator Program Penyelidikan
  14. Koordinator Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK) 
  15. Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi
  16. Koordinator Program Pengurusan Sukan
  17. Koordinator Program Sains Sukan
  18. Ketua Pusat Pengajian Sains Komputer Dan Matematik
  19. Koordinator Program Pengajian Sains Aktuari 
  20. Koordinator Program Pengajian Sains Statistik
  21. Koordinator Program Pengajian Sains Matematik Pengurusan 
  22. Koordinator Prasiswazah Program Pengajian Sains Matematik 
  23. Koordinator Kursus (Servicing ) Pengajian Sains Pengkomputeran
  24. Penyelaras Program Dwi Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengurusan Dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Ekonomi Perniagaan 
  25. Koordinator Prasiswazah- Kursus (Servicing ) 
  26. Koordinator Kursus (Servicing ) Pengurusan Dan Perniagaan
  27. Koordinator Kursus (Servicing ) Akademi Pengajian Islam Kontemporari
  28. Koordinator Prasiswazah - Kursus (Servicing) Fakulti Undang - Undang
  29. Koordinator Prasiswazah Fakulti Perakaunan
  30. Koordinator Institut Pendidikan Berterusan Dan Pengajian Profesional
  31. Ketua Pusat Pengajian Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM)
  32. Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP)
  33. Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Maklumat (FSM)
  34. Koordinator Program Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media 
  35. Koordinator Program Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
  36. Koordinator Program Fakulti Sains Maklumat 

PENTADBIRAN HAL EHWAL AKADEMIK

UNIT HAL EHWAL KURIKULUM

UNIT MAKMAL

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Kuala Pilah
Pekan Parit Tinggi
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
Malaysia

 


Website Inquiry:

Webmaster: korporat@uitm.edu.my

Tel: +606-4832100
Faks: +606-4842449