UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Image

PENGENALAN

Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Negeri Sembilan merupakan unit yang bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan fungsi komunikasi universiti bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan selaras dengan identiti korporat Universiti Teknologi MARA. Sebagai penghubung utama antara universiti dengan pelbagai pihak berkepentingan, UKK memainkan peranan penting dalam pengurusan media, penerbitan, perhubungan awam, pengurusan acara, khidmat pelanggan serta komunikasi digital.

Unit ini diterajui oleh seorang Ketua Unit yang turut berperanan sebagai Koordinator Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Negeri Sembilan dalam menyelaras pelaksanaan fungsi dan aktiviti komunikasi di ketiga-tiga kampus iaitu UiTM Kampus Kuala Pilah, UiTM Kampus Seremban dan UiTM Kampus Rembau. Ketua Unit berpusat di UiTM Kampus Kuala Pilah, manakala operasi di UiTM Kampus Seremban dan UiTM Kampus Rembau disokong oleh Penyelaras Unit Komunikasi Korporat yang bertanggungjawab memastikan pelaksanaan tugas dan penyampaian maklumat berjalan secara terancang, konsisten dan berkesan di kampus masing-masing.

Bagi memperkukuhkan pengurusan komunikasi universiti, setiap kampus mempunyai lima seksyen utama iaitu Seksyen Penerbitan dan Informasi, Seksyen Perhubungan dan Pengurusan Acara, Seksyen Khidmat Pelanggan, Seksyen Pengurusan Imej Korporat dan Seksyen Media Kreatif. Setiap seksyen dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Seksyen yang dilantik untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawab khusus mengikut bidang masing-masing.

Sedang dikemaskini

Image

Sedang dikemaskini

 

 

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Kuala Pilah
Pekan Parit Tinggi
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
Malaysia

 


Website Inquiry:

Webmaster: korporat@uitm.edu.my

Tel: +606-4832100
Faks: +606-4842449