Sejarah
Penubuhan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM cawangan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1999 atau dikenali dengan nama singkatan PTAR. PTAR merupakan gedung ilmu dan juga pusat sumber rujukan yang menyediakan pelbagai format rujukan bagi tujuan memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
Kini terdapat 3 buah perpustakaan di UiTM cawangan Negeri Sembilan dan PTAR kampus Rembau adalah merupakan perpustakaan yang ketiga beroperasi pada Mac 2017. Perpustakaan ini dilengkapi dengan pelbagai prasarana yang baru, berkualiti dan terkini sesuai dengan keperluan dan kehendak pengguna. Perpustakaan ini juga mempunyai tiga aras yang mampu menampung seramai 900 orang pengguna dalam satu masa dan boleh memuatkan 30,000 buah bahan bacaan.
PTAR Kampus Rembau amat komited dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan terbaik, khususnya kepada para pelajar diploma dan sarjana muda bagi fakulti pengurusan maklumat, fakulti komunikasi dan pengajian media, fakulti pengurusan perniagaan serta warga kampus rembau amnya.
Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Negeri Sembilan merupakan gedung ilmu dan pusat sumber rujukan yang menyediakan pelbagai kemudahan dan format rujukan yang berbeza untuk menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan pengguna.
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN PELANGGAN
Pendaftaran Keahlian
Pinjaman dan Pemulangan
Pembaharuan
Tempahan Bahan
Denda
Pinjaman antara Perpustakaan
Tempahan Makmal Komputer, Bilik Perbincangan dan Bilik AV
PERKHIDMATAN MAKLUMAT
Taklimat Perpustakaan
Kelas Kemahiran Maklumat
Khidmat Nasihat dan Rujukan
WAKTU PERKHIDMATAN PTAR
(Image)
PERKHIDMATAN IT
Penggunaan PC
Rujukan CD
JURNAL DAN PANGKALAN DATA
Pinjaman antara Perpustakaan (Artikel Jurnal)
Khidmat Nasihat dan Rujukan
UNIT-UNIT
Unit Pembangunan Sumber Ilmu
- Unit ini bertanggungjawab memilih dan memperolehi bahan-bahan bacaan bercetak dan bukan bercetak yang sesuai dan berkualiti bagi perpustakaan
- Unit ini berfungsi sebagai unit yang menguruskan proses perolehan bahan perpustakaan dan mengawal pembanggunan koleksi perpustakaan.
- Ia juga berperanan untuk memudahkan akses kepada semua bentuk maklumat dalam semua lingkungan perkara kecuali majalah bagi memenuhi keperluan pengguna perpustakaan secara efektif.
- Unit ini terdiri dari seorang Pustakawan Kanan dan dibantu oleh seorang Pembantu Pustakawan.
Unit Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal
- Berfungsi sebagai 1 unit yang menguruskan pengkatalogan dan pengekelasan bahan di perpustakaan disamping melibatkan beberapa proses melengkapkan fizikal bahan seperti penampalan spine label, security strip dan proses release for circulation.
- Unit ini dikendalikan oleh seorang Pustakawan Kanan dan 1 orang Pembantu Pustakawan yang ditugaskan sepenuhnya untuk melakukan proses- proses yang berkaitan dari pengkatalogan dan pengkelasan ke melengkapkan fizikal bahan sehingga penyemakan terakhir kawalan kualiti bahan sebelum dibuat proses “release for circulation” dan disusun dirak terbuka, rujukan atau Koleksi Bahan rezab.
Unit Pentadbiran
- Unit ini bertanggungjawab untuk mempertingkatkan dan mempamerkan pengurusan yang berkesan didalam PTAR Kampus Rembau
- Secara amnya didalam PTAR Kampus Rembau, unit ini berperanan dalam:-
- Pengurusan Organisasi
- Pengurusan Sumber Manusia.
- Pembangunan Sumber Manusia
- Pengurusan Kewangan.
- Unit ini terdiri dari seorang Pustakawan Kanan dan dibantu oleh seorang Pembantu
Unit Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi
- Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi (UPPPK) adalah unit yang bertanggungjawab dalam menyediakan dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan utama PTAR Kampus Rembau seperti pinjaman bahan, pemulangan bahan, pembaharuan bahan dan mengutip denda lewat.
- Unit ini dikendalikan oleh Seorang Pustakawan dibantu oleh seorang Pembantu Pustakawan.
Unit Perkhidmatan Akademik & Terbitan Bersiri
- Merupakan unit yang menyokong kepada proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dengan menyediakan sumber rujukan secara terhad (closed-access) dan meliputi semua aktiviti pendidikan pelanggan, perkhidmatan rujukan, khidmat nasihat, aktiviti promosi, aktiviti penerbitan dan pemasaran perkhidmatan kepada pelanggan yang memerlukan bahan maklumat dan sumber rujukan.
- Unit ini juga bertanggungjawab melanggan dan memberi perkhidmatan rujukan bahan jurnal dan majalah. Koleksi jurnal adalah berdasarkan kepada kursus/bidang yang ditawarkan.
- Unit ini dikendalikan oleh Seorang Pustakawan dibantu oleh seorang Pembantu Pustakawan.
Unit Sistem & Teknologi Maklumat
- Unit Sistem dan Teknologi Maklumat adalah unit yang bertanggungjawab untuk membangun, menyediakan infratsruktur dan perkhidmatan Teknologi Maklumat yang menyokong kepada semua aktiviti di PTAR Kampus Rembau.
- Unit ini juga berperanan dalam menyediakan banyak kemudahan komputer kepada para pelanggan dalam membuat pencarian maklumat untuk proses pembelajaran dan pengajaran mereka.
- Unit ini dikendalikan oleh Seorang Pustakawan dibantu oleh seorang Pembantu Pustakawan.
KOLEKSI PTAR KAMPUS REMBAU
Koleksi Umum
- Koleksi Kumpulan Buku Rezab
- merupakan kumpulan bahan bukan buku yang hanya dibenarkan membuat pinjaman jangka pendek iaitu selama 2 (dua) jam sahaja melalui Kaunter Khidmat Pelanggan dan hanya boleh digunakan sebagai rujukan dalaman sahaja. Contoh tesis, projek pelajar.
- Koleksi Terbuka
- terdiri daripada bahan-bahan yang boleh dipinjam oleh pelanggan perpustakaan yang berdaftar dan keahliannya berstatus aktif (tidak bermasalah). Contoh Buku teks dan novel.
- Koleksi Terbitan Berkala
- terdiri daripada bahan-bahan seperti majalah semasa, majalah berjilid, berita/buletin dan surat khabar yang diterbitkan secara berkala sama ada secara bulanan, penerbitan 2 kali setahun dan sebagainya. Koleksi ini hanya boleh digunakan sebagai rujukan dalaman sahaja
- Koleksi Rujukan Terkawal
- merupakan koleksi bahan yang hanya digunakan sebagai rujukan dalaman sahaja dan tidak dibenarkan untuk dipinjam atau dibawa keluar daripada perpustakaan. Koleksi ini menempatkan bahan-bahan rujukan dari pelbagai bidang pengkhususan. Contoh kamus, indeks, biografi
Koleksi Digital
- UiTM Institutional Repository
- UiTM Journal
- Databases Subscribed by UiTM
- Dasar Penyerahan Bahan Harta Intelek
- Malaysian Theses Online
- Malaysian Jurnal Management System
- Malaysian Jurnal Citation Report
- U - Pustaka @ PNM
- UiTM Library Publication (PTAR)