UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING
LATAR BELAKANG
Unit Kerjaya & Kaunseling (UKK) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah memulakan operasi pada tahun 2017. Tujuan utama unit ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan kepada warga kampus. Unit ini juga berperanan dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan diri dan kerjaya kepada warga kampus, sejajar dengan hasrat UiTM untuk melahirkan warga kampus yang cemerlang dari aspek emosi, jasmani, intelek dan spiritual.
Unit Kerjaya & Kaunseling (UKK) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah memulakan operasi pada tahun 2017. Tujuan utama unit ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan kepada warga kampus. Unit ini juga berperanan dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan diri dan kerjaya kepada warga kampus, sejajar dengan hasrat UiTM untuk melahirkan warga kampus yang cemerlang dari aspek emosi, jasmani, intelek dan spiritual.
Unit Kerjaya & Kaunseling menjalankan empat (4) fungsi utama iaitu:
- Perkhidmatan Kaunseling
- Perkhidmatan Kerjaya
- Perkhidmatan Psikologi
- Pentadbiran
Perkhidmatan Kaunseling
Unit ini menyediakan perkhidmatan sesi kaunseling dan bimbingan secara individu atau kelompok kepada warga kampus berpandukan kepada ciri-ciri kaunseling profesional dan beretika. Unit ini juga merancang dan melaksanakan program-program pembangunan diri seperti Program Kesedaran Kesihatan Mental, Kemahiran Asas Menolong dan Klinik Kaunseling agar dapat membantu warga kampus menangani cabaran kehidupan dan kerjaya.
1.Perkhidmatan Kerjaya
Unit ini menyediakan perkhidmatan bimbingan kerjaya secara individu atau kelompok kepada pelajar. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti ujian minat dan profil kerjaya. Unit ini juga melaksanakan program-program bimbingan berbentuk seminar, bengkel dan ceramah untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran insaniah dan persediaan untuk melangkah ke dunia pekerjaan.
2. Perkhidmatan Psikologi
Unit ini turut menyediakan perkhidmatan psikologi kepada staf UiTM Kampus Rembau. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah sesi kaunseling dan bimbingan individu atau kelompok, program perkongsian ilmu dan kumpulan sokongan kepada staf.
3. Pentadbiran
3. Pentadbiran
Tugas-tugas pentadbiran dan pengoperasian unit perlu dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan Unit Kerjaya & Kaunseling dapat disampaikan dengan baik. Antara tugas pentadbiran yang dilaksanakan adalah perancangan strategik Unit/Bahagian, penyediaan laporan pencapaian dan data perkhidmatan serta pengurusan sistem fail dan rekod unit.
OBJEKTIF
Objektif Unit Kerjaya & Kaunseling adalah untuk:
-
Menyediakan perkhidmatan kaunseling berdasarkan Kod Amalan Profesional dan Etika Kaunseling kepada semua warga kampus agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera.
-
Meningkatkan kemahiran pelajar dalam aspek pembangunan diri dan kerjaya agar mereka lebih berdaya saing.

![]() |
NASRULLAH ZAINAL ABIDIN Pegawai Psikologi Kanan 606-6982036 |
|
|
AISYAH NUR AQILA MOHAMAD NASIR Kerani 606-6982050 |
Unit Kerjaya & Kaunseling menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:
- Kaunseling Individu & Kelompok
- Kaunseling Kerjaya
- Counselling & Career Outreach
- Ujian Psikologi & Kerjaya
- Program Motivasi & Psikologi (Bengkel/Ceramah/Seminar)
- Bimbingan Psikologi & Kerjaya
- Klinik Kaunseling & Kerjaya
- Aktiviti Kemasyarakatan/Komuniti
- Temuduga Pekerjaan
- Program Dialog Majikan
- Penyaluran Maklumat Kerjaya
- Program Pembangunan Kerjaya
KAEDAH MENDAPATKAN PERKHIDMATAN
- Temujanji
- Sistem e-Kaunseling (https://counselling2u.uitm.edu.my)
- Telefon
- Walk-in
WAKTU OPERASI
Urusan Pentadbiran:
Isnin hingga Jumaat
8.00 pagi hingga 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum - Tutup
Temujanji Kaunseling:
Isnin hingga Jumaat
8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
2.30 petang hingga 4.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum – Tutup
Waktu Rehat:
Isnin hingga Khamis: 1.00 tengahari hingga 2.00 petang
Jumaat: 12.15 tengahari hingga 2.45 petang
Alamat:
UNIT KERJAYA & KAUNSELING
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Aras 2, Bangunan Pentadbiran
UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Rembau
71300 Rembau
Negeri Sembilan.
No. telefon:
06-698 2036
E-mel:
ukkuitmrembau@gmail.com
Ikuti kami di sosial media;
Facebook: Unit Kerjaya & Kaunseling, UiTM Kampus Rembau (@ukkrembau)
Twitter: UKK UiTM Rembau (@UKK_UiTM_Rembau)
Instagram: ukkuitmrembauSila layari https://counselling2u.uitm.edu.my untuk sebarang maklumat, panduan dan perkhidmatan