UNITRESIDENSI & HOSPITALITI PELAJAR (URHP)
Pengenalan
Unit Pengurusan Kolej dan Non-Resident diwujudkan bagi memberi keselesaan dan persekitaran kampus yang kondusif kepada penghuninya serta membantu pelajar Non-Resident untuk mendapatkan rumah sewa di sekitar kampus. Unit ini turut bertanggungjawab membantu kebajikan, keselamatan dan penyediaan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan dengan pelajar.
Piagam Pelanggan
- Penginapan : Meluluskan permohonan pelajar yang mendaftar dan layak untuk menginap di kolej kediaman pelajar mengikut kapasiti semasa.
- Makanan : Memastikan perkhidmatan makanan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh UiTM.
- Pembangunan Pelajar : Menawarkan kepelbagaian program pembangunan pelajar kepada semua pelajar di kolej kediaman.
- Keselamatan : Memastikan penghuni kolej selamat selaras dengan dasar dan objektif keselamatan UiTM.
- Kemudahan : Mempertingkatkan penggunaan kemudahan dan kualiti perkhidmatan di kolej untuk manfaat semua pelajar di kolej.
- Persekitaran : Memastikan persekitaran kolej kediaman sesuai untuk penginapan dan embelajaran selaras dengan dasar persekitaran UiTM.
- Perkhidmatan/Pentadbiran:
i) Melayan urusan di kaunter pejabat tidak melebihi 5 minit.
ii) Meluluskan permohonan pinjaman peralatan yang lengkap dalam tempoh 1 hingga 24 jam.
ii) Memberi maklumbalas terjadap aduan/komen/cadangan dalam tempoh 1 hingga 5 hari bekerja. - Umum : Layanan mesra, cepat dan bertanggungjawab.

![]() |
HAZIRAH KAMARIZAMAN Pegawai Eksekutif 606-6982331 / 2338 |
|
|
KEKOSONGAN Kerani 606-6982336 |
|