BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM

Unit Agama merupakan entiti asal yang ditubuhkan pada 3 Mac 1971 dan diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Ia ditubuhkan dengan tujuan membantu para pelajar melengkapkan diri dengan pengetahuan asas agama, di samping menyelesaikan masalah agama yang sentiasa berbangkit di kalangan pelajar.

Mulai Februari 1995 Unit Agama di beri nama baharu dan dikembangkan kepada Unit Kemajuan Islam, Unit Maklumat dan Penerbitan dan Unit Latihan dan Pembangunan Insan. Ketiga-tiga unit ini diletakkan di bawah Pusat Khidmat Islam Bersepadu (PKIB) yang berpejabat di Pusat Islam UiTM. Peranan dan fungsinya diperluaskan termasuk khidmat penyebaran kefahaman agama di kalangan staf, di samping tugas hakikinya untuk pelajar.

Pada Januari 2001, ia dikembalikan fungsi asalnya di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan dinamakan semula sebagai Unit Agama. Mulai Mei 2002 ia dirombak semula dan diberi nama baharu iaitu Centre For Islamic Thought and Understanding (CITU). Oleh kerana peranan dan fungsinya amat diperlukan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar maka mulai awal Januari 2003 ia diletakkan semula di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan nama Pusat Khidmat Nasihat Agama.

Pada 13 Januari 2004 Pusat Khidmat Nasihat Agama digabungkan dengan Pusat Pendidikan Islam dan diletakkan di bawah naungan Centre For Islamic Thought and Understanding (CITU) dan diberi nama Bahagian Hal Ehwal Islam. Kakitangannya terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pembantu Hal Ehwal Islam.

Pada 28 Februari 2013 sekali lagi berlaku penjenamaan semula CITU kepada Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (ACIS).

Mulai 1 Ogos 2019 Bahagian Hal Ehwal Islam telah diletakkan di bawah Naib Canselor dengan peranan dan fungsinya dikekalkan untuk memberi khidmat agama kepada warga UiTM.
Image
 

 

MASLIYANA ISMAIL

Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan

masliyana111@uitm.edu.my

606-6982353

 

 

 

 

 

KEKOSONGAN

Pegawai Eksekutif (Imam)

 

606-6982352

 

 

 

 

 

MOHD SAIRIN SARLAN

Kerani Hal Ehwal Islam (Bilal)

sairin@uitm.edu.my

606-6982354

 

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan,
Kampus Rembau, 

Negeri Sembilan, MALAYSIA.

General Inquiry

Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my

Unit Komunikasi Korporat Rembau: korporatrembau@uitm.edu.my

Website Inquiry:
Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel : +606-698 2000
Faks : +606-698 2391