Jabatan Undang-Undang (JUU) UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) telah mula beroperasi seiring dengan pembukaan Kampus Seremban UiTMCNS pada Februari 2014 dan sehingga kini telah menyaksikan empat (4) orang Koordinator menjalankan amanah untuk suatu pengurusan yang cekap dan berdedikasi. JUU kini diterajui oleh seorang Koordinator, Puan Nor Laila Ahmad dan dibantu oleh tujuh (7) orang pensyarah tetap serta dua (2) orang pensyarah sambilan sepenuh masa (PTFT).
JUU komited dalam menjalankan tugas hakiki seorang pensyarah serta berterusan melaksanakan sistem pengurusan professional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas pengurusan pelanggan dan pihak berkepentingan yang terdiri daripada pelajar khususnya dan staf UiTMCNS termasuk pensyarah, pentadbir akademik dan professional, dan staf sokongan secara amnya. Selain menyempurnakan tugas hakiki seorang pensyarah, JUU juga sering membantu pengurusan Kampus UiTMCNS dengan memberi khidmat nasihat perundangan apabila diperlukan selaras dengan kepakaran pensyarah di dalam bidang mereka masing-masing seperti undang-undang kontrak, undang-undang komersil, undang-undang pentadbiran, undang-undang syarikat serta isu-isu yang berkaitan dengan hal-hal perundangan.
Khidmat nasihat awalan perundangan ini juga diberikan oleh seluruh warga UiTMCNS termasuk pelajar, kakitangan pentadbiran dan juga pensyarah melalui program-program yang dijalankan oleh JUU sendiri atau atas jemputan oleh penganjur dari lain-lain bahagian atau unit di bawah UiTMCNS. JUU akan berterusan memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan misi dan visi UiTM.