AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (Academy Contemporary of Islamic Studies) (ACIS) merupakan satu unit pelengkap kepada keseluruhan struktur organisasi akademik di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kewujudan ACIS di UiTM adalah selaras dengan misi dan visi UiTM yang ingin melahirkan golongan profesional bumiputera yang bertakwa dan bersifat mulia. ACIS berperanan penting dalam memastikan misi dan visi UiTM tercapai dengan melahirkan golongan profesional bumiputera yang bukan sahaja berdaya saing dalam dunia moden malah golongan yang berpegang kepada agama dan adat resam bangsa.
Justeru ACIS memikul tanggungjawab yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi kursus-kursus berteraskan Islam khususnya bagi kursus universiti kepada semua fakulti/program di peringkat diploma dan ijazah serta kursus elektif mengikut keperluan bidang program di UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah Mata Pelajaran Umum (MPU) yang wajib diambil oleh semua pelajar.
Prof. Madya
1
1
PhD
2
2
Pensyarah Kanan
7
7
Pensyarah
2
2
Pengenalan
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (Academy Contemporary of Islamic Studies) (ACIS)) merupakan satu unit pelengkap kepada keseluruhan struktur organisasi akademik di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kewujudan ACIS di UiTM adalah selaras dengan misi dan visi UiTM yang ingin melahirkan golongan profesional bumiputera yang bertakwa dan bersifat mulia. ACIS berperanan penting dalam memastikan misi dan visi UiTM tercapai dengan melahirkan golongan profesional bumiputera yang bukan sahaja berdaya saing dalam dunia moden malah merupakan golongan yang berpegang kepada agama dan adat resam bangsa.

Visi
- Menjadi pusat kesepaduan ilmu, pemikiran dan kefahaman Islam di UiTM demi pembangunan ummah.
Misi
- Mempelbagaikan kursus-kursus profesional dan separa profesional berorientasikan Islam dengan kerjasama fakulti dan agensi-agensi lain yang berkaitan.
- Menggiat dan menyuburkan budaya keintelektualan melalui kegiatan akademik dan pelbagai aktiviti.
- Mempertingkatkan kesarjanaan dan penyelidikan dengan mengadakan program-program akademik dan non-akademik yang berorientasikan Islam.
Objektif
- Memperkukuhkan penyebaran ilmu dan pemikiran serta kefahaman Islam melalui program akademik dan non-akademik yang berkualiti.
- Menawarkan kursus dan fokus kepada kegiatan keilmuan dalam pelbagai disiplin di universiti mengikut perspektif Islam.
- Mempastikan kejayaan kesarjanaan ilmu dan penyelidikan bertaraf dunia dapat direalisasikan.
- Menyelaras program pengembangan ilmu dan kefahaman Islam melalui perkongsian kepakaran, sumber dan prasarana antara organisasi dalam dan luaran UiTM.
- Menyusun semula struktur dan program khidmat profesional kemasyarakatan seperti khidmat nasihat agama.
- Menggiat dan meninggikan budaya penyelidikan dan perundingan dalam bidang keislaman.
- Mengaplikasi budaya ICT dalam khidmat profesional kemasyarakatan.