PEJABATBENDAHARI

Pejabat Bendahari Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan, Kampus Seremban bermula dengan penubuhan Kampus Seremban pada 3 Februari 2014 bagi mencapai misi, visi dan objektif Universiti Teknologi MARA (UiTM) di bawah peruntukan Akta 173 (1973) dan pindaan-pindaannya.

Kewujudan Pejabat Bendahari berdasarkan berdasarkan keperluan perundangan, perkhidmatan, pembangunan dan pengurusan sumber kawalan dan penilaian prestasi. Pentadbiran dan segala urusan hal berkaitan adalah berdasarkan semua pekeliling dan dasar yang masih digunapakai dan relevan. Pejabat Bendahari Kampus Seremban diketuai oleh seorang berpangkat Penolong Bendahari dan dibantu oleh 2 orang Penolong Akauntan serta 4 orang staf berjawatan Pembantu Tadbir Kewangan.

Pejabat Bendahari Kampus Seremban mempunyai dua (2) Pusat Tanggungjawab iaitu Penolong Rektor Kampus Seremban bagi Pengurusan Kampus Seremban dan Dekan Fakulti bagi Pengurusan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP). 
 
Pejabat Bendahari akan melaksanakan sistem pengurusan kewangan secara profesional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas perancangan, pelaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi jabatan yang unggul, berhemah dan profesional yang menyediakan perkhidmatan berdasarkan Fungsi Utama Pejabat Bendahari iaitu;
1.        Pentadbiran Kewangan
2.        Pengurusan Belanjawan
3.        Pengurusan Perolehan
4.        Pengurusan Harta Benda
5.        Pengurusan Wang
6.        Pengurusan Kewangan Pelajar
7.        Pengurusan Akaun
8.        Pengurusan Amanah, Penyelidikan & Perundingan
Image

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Seremban
Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my
Website Inquiry:

Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel: +606-6342000

Faks: +606-6335812

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020

© Copyright Universiti Teknologi MARA