BAHAGIANHAL EHWAL AKADEMIK

Selari dengan penubuhan UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) juga telah ditubuhkan pada Februari 2014. BHEA bertanggungjawab dalam mengurus hal ehwal akademik yang melibatkan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR).

BHEA dibantu oleh Ketua Pusat Pengajian/Koordinator untuk mengawasi spektrum luas aktiviti teras di BHEA:

  1. Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
  2. Koordinator Sarjana Muda Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
  3. Koordinator Diploma Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
  4. Ketua Pusat Pengajian Statistik dan Sains Pemutusan
  5. Ketua Pusat Pengajian Matematik
  6. Ketua Pusat Pengajian Sains Aktuari
  7. Koordinator Fakulti Perakaunan
  8. Koordinator Fakulti Undang-Undang
  9. Koordinator Akademik Pengajian Bahasa
  10. Koordinator Akademi Pengajian Islam Kontemporari
  11. Koordinator Fakulti Pengurusan Perniagaan
  12. Koordinator Sains Komputer

Piagam Pelanggan

Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban berjanji untuk berusaha memastikan pelanggan-pelanggan kami yang terdiri daripada para pelajar, pensyarah, ibubapa, industri dan masyarakat memperolehi impak yang maksimum.

PELAJAR

  • Memastikan pendaftaran pelajar dan peperiksaan diuruskan dengan tepat mengikut jadual pada setiap semester.
  • Menyediakan surau-surat pengenalan diri untuk tujuan penyelidikan dan tugasan disediakan dengan tepat tidak lewat tiga hari dari tempoh permohonan.

STAF UNIT DAN BAHAGIAN

  • Menyediakan perkhidmatan percetakan bahan ujian 3 hari dari tarikh permohonan.
  • Menguruskan rekod dan maklumat akademik dengan cekap, tepat dan kemas.
  • Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada unit dan bahagian dalam perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.

IBUBAPA DAN INDUSTRI

  • Menghasilkan graduan yang berketrampilan sesuai dengan kehendak industri dan Negara.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai pengambilan pelajar, program, prospek program dan kerjaya.
  • Menganjur dan mengendalikan kursus seminar dan konvokesyen secara proaktif dan reaktif.
  • Melatih para pelajar dengan scenario sebenar di alam pekerjaan berdisiplin, berkemahiran tinggi, professional. Berhemah tinggi serta mampu menjadi agen perubahan dalam organisasi dan industri.

Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) memberikan perkhidmatan seperti berikut: 

  • Mengemaskini maklumat/senarai Penasihat Akademik
  • Pelunjuran dan pendaftaran pelajar
  • Menguruskan semua hal berkaitan peperiksaan
  • Menguruskan hal berkaitan i-learn
  • Menguruskan hal berkaitan surat/rekod surat/filing dokumen
  • Menguruskan semua hal berkaitan peperiksaan
Image

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Seremban
Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my
Website Inquiry:

Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel: +606-6342000

Faks: +606-6335812

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020

© Copyright Universiti Teknologi MARA