BAHAGIAN PENGURUSAN FASILITI

Bahagian Pengurusan Fasiliti telah beroperasi di UiTM Kampus Seremban bermula pada 3 Februari 2014 selaras dengan pembukaan UiTM Kampus Seremban. Bagi setiap kampus PFI, Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF) hanya dibekalkan dengan EMPAT (4) orang staf sahaja. Ketua bahagian adalah Jurutera Kanan dibantu oleh Penolong Jurutera Kanan, Penolong Jurutera dan Penjaga Jentera Elektrik.

Bahagian Pengurusan Fasiliti di UiTM Kampus Seremban ini dibantu dari segi operasi penyelenggaraan kampus oleh syarikat konsesi yang telah dilantik diawalnya yang menandatangani kontrak selama 20 tahun. Segala operasi yang berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan, senitaman, pencegahan kebakaran ,penyaman udara dan sebagainya dikendalikan oleh syarikat konsesi yang berkenaan. Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Kampus Seremban akan memantau kerja-kerja tersebut melalui system ‘Computerized Facility Management System (CFMS)’ yang telah dibangunkan oleh Bahagian Kualiti Audit Fasiliti (BKAF).

Walaupun begitu dengan tenaga yang dibekalkan seramai EMPAT (4) orang ini, operasi dalaman kampus adalah menjadi tanggungjawab BPF. Urusan melibatkan tempahan dewan kuliah, lanjutan tempoh guna penyaman udara, tempahan majlis dan kelengkapan sehingga persiapan dewan peperiksaan dan sebagainya adalah dibawah tanggungjawab BPF. BPF juga terlibat secara langsung terhadap perancangan pembangunan serta tadbir urus UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban ini.

Konsep ‘multi-skilling’ yang diterapkan di Universiti Teknologi MARA kepada setiap staf diaplikasikan sepenuhnya di sini bagi memastikan perjalanan aktiviti kampus berlangsung dengan lancar dan sempurna. BPF UiTM Kampus Seremban akan sentiasa berusaha bagi mencapai misi dan visi UiTM seterusnya menjadikan UiTM Kampus Seremban sentiasa dalam keadaan yang kondusif dan selamat.


Objektif Kualiti Jabatan

  1. Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Bayaran dan Tuntutan (PFI) Negeri (JPBTN) dapat dibuat mengikut jadual yang dirancang setiap tahun.
  2. Memastikan KPI jabatan sentiasa pada tahap 90% setiap bulan.
  3. Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual konsesi dilaksanakan mengikut jadual dan mencapai KPI yang ditetapkan.
  4. Memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak konsesi setara dengan perbelanjaan penyelenggaraan yang dikeluarkan.
  5. Membuat kawalan supaya kadar kegunaan tenaga yang digunakan tidak melebihi 0.24 sen setiap kaki persegi sebulan bagi tempoh setahun.
  6. Membuat kawalan supaya kos membaikpulih kerosakan yang disebabkan oleh vandalisma tidak melebihi 5% setahun.
  7. Memastikan 90% keputusan kajian kepuasan pelanggan pada tahap memuaskan bagi tempoh setahun.
  8. Memastikan penyedia perkhidmatan mematuhi segala langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh BKKP PPF untuk mengelakkan kemalangan jiwa di tapak kerja bagi tempoh setahun.
  9. Memastikan inisiatif warga kampus menggunakan e-aduan ditingkatkan kepada 90%.

Piagam Pelanggan
Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban akan memastikan warga kampus;

  • Menerima perkhidmatan terbaik
  • Menerima layanan mesra dan segera
  • Suasana Kampus yang bersih dan kondusif
  • Memenuhi permohonan majlis atau aktiviti dengan peralatan yang lengkap
  • Sistem e-aduan yang efektif
  • Proses aduan diselesaikan dalam tempoh masa yang diperuntukan
  • Memastikan kualiti perkhidmatan konsesi sentiasa pada tahap mencapai KPI utama
  • mengoptimumkan segala sumber bagi tujuan fasiliti kampus.
  • Proses permohonan ubahsuai atau guna ruang dipercepatkan


Alamat:

Bahagian Pengurusan Fasiliti
Aras 1, Bangunan Amar Setia
UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Seremban
No. Telefon : 06-6342000

Bahagian Pengurusan Fasiliti memberikan perkhidmatan seperti berikut: 

  • Tempahan Dewan Kuliah di Bangunan Toh Puan Sungei Ujong (TPSU1-TPSU3)
  • Tempahan keperluan majlis (PA System, Kerusi, Meja, Khemah dan sebagainya)
  • Permohonan melanjutkan tempoh waktu operasi penyaman udara
  • Pengurusan aduan fasiliti melalui Sistem CFMS
Image

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Seremban
Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my
Website Inquiry:

Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel: +606-6342000

Faks: +606-6335812

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020

© Copyright Universiti Teknologi MARA