PEJABATPOLIS BANTUAN

UiTM Kampus Seremban mula dibina pada awal tahun 2011, di atas tanah seluas 38 ekar di Kawasan pembangunan Seremban 3, Seremban, Negeri Sembilan. Kampus ini merupakan kampus cawangan kedua selepas UiTM Kuala Pilah, UiTM Negeri Sembilan. UiTM Seremban mula dibuka pada 03 Febuari 2014. Sehubungan dengan itu, pembukaan kampus ini dapat menjadikan Negeri Sembilan sebagai hab Pendidikan yang berdaya saing dan seiring dengan kemajuan negara untuk mencapai wawasan 2020. Ia akan menempatkan seramai 5000 orang pelajar dari 3 Fakulti iaitu Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Sains Matematik dan Komputer dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.

Bahagian Keselamatan telah dinaik taraf kepada Polis Bantuan UiTM pada 18 April 2011. Pada awalnya penubuhannya, Polis Bantuan UiTM dikenali sebagai Unit Keselamatan kemudiannya ditingkatkan kepada Bahagian Keselamatan. Struktur pentadbirannya berubah-ubah mengikut perkembangan semasa Universiti sama ada diletakkan dibawah seliaan Pejabat Pengarah, Pejabat Pendaftar, dan Pejabat censeleri. Mulai 1 Ogos 2011, Pentadbiran Polis Bantuan diletakkan di bawah Naib Canselor dan dikenali dengan nama Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM. Bagi kampus negeri, pentadbiran mereka diletakan di bawah Rektor Kampus dan dikenali dengan nama Pejabat Polis Bantuan.

Fungsi dan peranan Polis Bantuan masih sama tetapi skop tugas dan bidang kuasa telah diperluaskan dan mempunyai kuasa-kuasa Polis. Sejajar dengan kemajuan Era Teknologi canggih, terkini dan dunia tanpa sempadan. Pejabat Polis Bantuan UiTM juga akan mempertingkatkan lagi sistem keselamatan dari semasa ke semasa melalui penggunaan Teknologi terkini dan meningkatkan kecekapan anggota dan latihan-latihan yang lebih kesan agar keselamatan Universiti di tahap yang terbaik.
Image
Image

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Seremban
Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my
Website Inquiry:

Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel: +606-6342000

Faks: +606-6335812

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020

© Copyright Universiti Teknologi MARA