UNITSUKAN

Unit Sukan berperanan sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang dan melaksanakan kegiatan sukan untuk pelajar dan staf universiti.  Ini bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan kecergasan fizikal pelajar selain membentuk sahsiah dan personaliti mantap sebagai seorang mahasiswa.  Melalui program serta aktiviti sukan dan rekreasi yang dirancang, adalah menjadi sasaran Unit Sukan untuk melibatkan seramai 100% warga kampus aktif dalam kegiatan sukan.

Unit Sukan turut berperanan untuk meningkatkan imej universiti melalui pencapaian cemerlang dalam bidang sukan. Unit Sukan juga bertanggungjawab mengurus, mengawal dan menyelenggara kemudahan sukan selain berperanan menguruskan stor peralatan sukan.  Antara kemudahan sukan yang boleh digunakan pelajar adalah Gelanggang Futsal, Gelanggang Bola Jaring, Gelanggang Tenis, Gelanggang Bola Baling, Padang Bola Sepak, Gelanggang Sepak Takraw, Ping Pong, Catur Gelanggang Silat, Gelanggang Taekwondo, Bola Keranjang, Bola Tampar, Outdoor Gymnasium, Laluan Basikal Lasak. 

Pelbagai aktiviti utama yang dijalankan oleh Unit Sukan adalah Sukan Kolej (SUKOL), Sukan Pelajar (SUPER NINE), Bulan Sukan, Kejohanan Dalaman, Karnival Sukan Mahasiswa( KARiSMA), Sukan Staf dan lain-lain kejohanan jemputan, baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan. 


VISI

Membudayakan sukan untuk melahirkan graduan yang cergas, cerdas, cemerlang, dan berdaya saing di peringkat global. 

MISI

Menjadi sebuah organisasi sukan yang cemerlang dalam pembangunan dan perkhidmatan sukan.

OBJEKTIF

  • Melaksanakan sukan sebagai salah satu mata pelajaran pilihan ko- kurikulum.
  • Menggalakkan masyarakat kampus bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan riadah.
  • Merapatkan silaturahim sesama masyarakat UiTM dan masyarakat luar kampus.
  • Menjana sumber kewangan kepada UiTM.
  • Menyediakan prasarana yang kondusif dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
  • Pembangunan sumber manusia.
  • Meningkatkan imej UiTM melalui pencapaian sukan dan sebagai pusat kecemerlangan Bumiputra.
Image

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Seremban
Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my
Website Inquiry:

Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel: +606-6342000

Faks: +606-6335812

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020

© Copyright Universiti Teknologi MARA