UNITKESIHATAN

Kampus Seremban mula dibina  pada 19 Januari 2011, di atas tanah seluas 38 ekar di kawasan pembangunan Seremban 3, Seremban Negeri Sembilan. Ia akan menempatkan seramai 5000 orang pelajar dari 3 fakulti iaitu Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Sains Matematik dan Komputer dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Sebanyak 50% dari keseluruhan jumlah pelajar, iaitu sebanyak 2500 orang akan disediakan kemudahan tempat tinggal. Ini bermakna selebihnya iaitu 2500 orang lagi akan tinggal di luar kampus.

Unit Kesihatan mula beroperasi pada bulan Jun 2014. Sehingga Januari 2015, Unit Kesihatan mempunyai seorang Pegawai Perubatan, seorang Pembantu Pegawai Perubatan, dua orang Jururawat Terlatih dan seorang Pembantu Pegawai Farmasi.

Visi Unit Kesihatan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban

Mewujudkan satu masyarakat universiti yang sihat dari segi fizikal, mental, sosial dan spiritual agar visi dan misi Universiti Teknologi MARA dapat dicapai.

Misi Unit Kesihatan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban

Melahirkan masyarakat universiti yang sihat secara menyeluruh melalui perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan berkualiti serta menggalakkan gaya hidup sihat.

Objektif

Untuk menjadikan Unit Kesihatan sebagai sumber perkhidmatan kesihatan yang cemerlang kepada pelajar selaras dengan fungsi dan peranannya dengan mengutamakan penghasilan kerja yang berkualiti serta suasana kerja yang selesa demi untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Berdasarkan kepada falsafah, visi dan misi bahagian, Unit Kesihatan telah menyusun strategi untuk berperanan sebagai pusat perkhidmatan kesihatan yang cemerlang melalui :

  • Pengurusan sistem kesihatan kepada pelajar UiTM mengikut
  • Pengurusan sistem kesihatan kepada pelajar UiTM mengikut peraturan yang diterima pakai dan ditetapkan oleh UiTM dari semasa ke semasa
  • Pengurusan faedah dan kemudahan kesihatan kepada pelajar UiTM selaras dengan skim perkhidmatan kesihatan.
  • Pengurusan rekod kesihatan dan maklumat kesihatan pelajar UiTM dengan memastikan bahawa ianya sentiasa kemaskini dan betul
  • Amalan penghasilan kerja yang berkualiti berteraskan budaya kerja berkualiti
  • Pengwujudan suasana kerja yang selesa dan harmoni melalui konsep bekerja secara berkumpulan, amalan nilai murni serta mengutamakan
  • Penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap, mesra dan
  • Mempromosikan Kempen Cara Hidup Sihat di kalangan warga Kampus Seremban

Piagam Pelanggan 

 Kami beriltizam untuk berusaha memastikan:

  1. Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan profesional
  2. Perkhidmatan yang mesra, segera dan bertanggungjawab
  3. Persekitaran klinik yang bersih, selamat dan kondusif
  4. Penambahbaikan perkhidmatan kesihatan yang berterusan. 


Objektif Kualiti 

  1. 80% Pesakit yang mendapatkan rawatan di Unit Kesihatan mendapat konsultasi perubatan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.
  2. 95% Pesakit berpuashati dengan perkhidmatan perubatan yang diberikan.

PIAGAM PELANGGAN

JENIS PERKHIDMATAN

TEMPOH (HARI BEKERJA)

Pemeriksaan pesakit biasa

30 minit selepas pendaftaran

Setiap kes kecemasan akan diberi keutamaan dan rawatan segera

5 minit

Pesakit akan diberi ubat ubatan berkualiti, selamat, dilabel dan diberi penerangan cara penggunaanya selepas menerima rawatan

10 minit

Pemprosesan pinjaman peti pertolongan cemas yang lengkap

5 hari

Aduan maklum balas

1-5 hari

Permohonan Surat Akuan Kemudahan Rawatan Perubatan

30 minit

Unit Kesihatan menyediakan kemudahan seperti berikut:

  • Rawatan Pesakit Luar
  • Rawatan Pergigian (tidak disediakan di kampus cawangan)
  • Rawatan Kes Kecemasan (selepas waktu operasi klinik diuruskan oleh Pegawai Pembangunan Pelajar).
  • Wad Sementara Siswa & Siswi (“Sick Bay”)
  • Kemudahan Makmal
  • Kemudahan Ambulans
  • Kemudahan Kelayakan Wad
  • Pembayaran Bil Rawatan Pelajar dari hospital/Klinik Kerajaan
  • Tuntutan Tabung Kecemasan Pelajar.
  • Medical Standby Program/Aktiviti
  • Pinjaman Peralatan Perubatan / First Aid Kit
Image

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Seremban
Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my
Website Inquiry:

Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel: +606-6342000

Faks: +606-6335812

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020

© Copyright Universiti Teknologi MARA