PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK

Perpustakaan UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban, dinamakan sebagai Perpustakaan Tun Abdul Razak atau dikenali sebagai PTAR dan telah mula beroperasi  pada 2 Februari 2014. Pada 3 Mac 2014, Perpustakaan ini telah mula dibuka kepada para pengguna. Bangunan PTAR,UiTM Kampus Seremban ini mempunyai 2 aras dan boleh menempatkan anggaran 900 pengguna dalam satu masa.

PTAR UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban secara umumnya menyediakan perkhidmatan seperti Pinjaman & Pemulangan Bahan Rujukan, Kemudahan IT serta Perkhidmatan Maklumat dimana ianya menyokong program akademik diploma dan ijazah bagi program-program yang ditawarkan di UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban khususnya .

Pada awal operasi Perpustakaan ini mempunyai seorang Pustakawan, seorang Pembantu Perpustakaan Tingkatan Kanan, tiga orang Pembantu Perpustakaan dan seorang Pembantu Pemuliharaan. Kemudiannya Perpustakaan telah menerima seorang Pustakawan dan menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan Perpustakaan Tun Abdul Razak seramai tujuh orang.

Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Seremban berperanan menyokong pembelajaran dan pengajaran dengan menyediakan kemudahan bahan rujukan, serta memberikan perkhidmatan maklumat kepada tiga fakulti utama iaitu Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Sains Sukan dan Matematik dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.

Image

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan

Isnin – Jumaat          :           8.30 pagi – 4.45 petang

Sabtu – Ahad           :           Tutup

 

Image

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Seremban
Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my
Website Inquiry:

Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel: +606-6342000

Faks: +606-6335812

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020

© Copyright Universiti Teknologi MARA