UNITHAL EHWAL ISLAM

Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelia serta memantau segala program dan aktiviti kerohanian dan keagamaan di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, khususnya di UiTM Kampus Seremban selaras dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah, disamping menjalankan aktiviti kebajikan kepada warga UiTM dan masyarakat.

Fungsi UHEI seperti berikut:

  • BIMBINGAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
  • PENGURUSAN DAN PENGIMARAHAN MASJID
  • PENTADBIRAN HAL EHWAL ISLAM
  • DAKWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

SEJARAH PENUBUHAN

Unit Hal Ehwal Islam merupakan entiti asal Unit Agama yang ditubuhkan pada 3hb Mac 1971 diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Ia ditubuhkan dengan tujuan membantu para pelajar melengkapkan diri dengan pengetahuan asas agama, disamping menyelesaikan masalah agama yang sentiasa berbangkit di kalangan pelajar.

Mulai Februari 1998 Unit Agama diberi nama baharu iaitu Unit Kemajuan Islam yang diletakkan di bawah Pusat Khidmat Islam Bersepadu (PKIB) dan ditempatkan di Pusat Islam UiTM. Peranan dan fungsinya diperluaskan kepada khidmat penyebaran agama di kalangan staf di samping hakikinya perkhidmatan kepada pelajar.

Pada Januari 2001 ia dikembalikan semula ke fungsi asalnya perkhidmatan kepada pelajar dan dinamakan semula Unit Agama.  

Pada 13 Januari 2004 pengisytiharan Pusat Pendidikan Islam sebagai Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU)  / Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam  dan Unit Agama diletakkan dibawah naungan CITU dan diberi nama baru sebagai Pejabat Hal Ehwal Islam (HEI).

Manakala pada 21 Mei 2013 CITU telah dinaik taraf kepada Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) dan Hal Ehwal Islam turut diangkat menjadi Pusat Islam.

Sekali lagi, pada 14 Jun 2017, Majlis Eksekutif Universiti Bil.14/2017 telah membuat keputusan meluluskan penambahbaikan tadbir urus dan kini Bahagian Hal Ehwal Islam diletakkan terus di bawah Pejabat Naib Canselor, manakala Unit Hal Ehwal Islam di kampus cawangan di letakkan dibawah Pejabat Rektor Universiti.

PIAGAM PELANGGAN
  • Maklumat peribadi klien khidmat bimbingan dan nasihat adalah SULIT
  • Solat Fardhu dan Jumaat secara berjemaah didirikan TANPA GAGAL
  • Memproses permohonan bantuan zakat dan sedekah dengan CEPAT DAN EFISYEN
  • Memastikan maklumat dan artikal Islam yang diterbitkan BETUL & BENAR
  • Memastikan program keagamaan mendapat KEBENARAN PIHAK BERWAJIB

Perkhidmatan yang ditawarkan :

  1. Bimbingan dan nasihat agama peribadi
      • Aqidah
      • Akhlak
      • Ibadah
      • Syariah
      • Al-Quran
      • Kewangan
  2. Bimbingan dan nasihat agama kelompok
    • Program Pembangunan Diri
    • Program Pengukuhan dan Pemantapan Diri
    • Program Pemulihan Diri
  3. Pengurusan Solat Fardhu, dan Solat Jumaat
  4. Program Sambutan Hari Kebesaran Islam
  5. Penganjuran Program-program Kerohanian dan Khidmat Komuniti
  6. Pengurusan dan Pengimarahan Pusat Islam/Surau
  7. Khidmat Rundingan Aktiviti Kerohanian
  8. Wacana dan Informasi Islam Semasa
  9. Kokurikulum Kerohanian
    • Asas Pembangunan Insan (HKR118)
    • Pengurusan Institusi Keluarga (HKR111 & HKR221)
    • Pengurusan Institusi Masjid (HKR113 & HKR223)
Image

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Seremban
Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my
Website Inquiry:

Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel: +606-6342000

Faks: +606-6335812

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020

© Copyright Universiti Teknologi MARA